Pelayar Web Opera GX Dikemaskini Mengatasi Masalah “Rate Limit” Pada Twitter
Aman
Opera hari ini memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web Opera GX pada desktop dan juga peranti mudah-alih, sekaligus mengatasi masalah pengehadan paparan Tweet, atau “Rate Limit” untuk semua pengguna Twitter.
Disamping itu, Opera GX juga turut menyelesaikan masalah melibatkan Quote Tweet yang kadang-kala sukar dipaparkan disebabkan masalah teknikal.

Sebelum ini, Elon Musk menyatakan yang mana terdapat pihak yang memuat-turun data secara agresif dari perkhidmatan tersebut – dan mengenakan had paparan Tweet untuk setiap pengguna, mengakibatkan ramai yang mencapai “Rate Limit” dalam masa singkat. Namun, terdapat beberapa pembangun menyatakan ia adalah disebabkan oleh pepijat JavaScript pada web Twitter yang membuatkan ia seperti DDoS kepada perkhidmatan sendiri, dan bukannya aktiviti pihak luar.
Dengan langkah pihak Opera ini, bagi para pengguna yang aktif menggunakan dan menatal Twitter, boleh memuat-turun Opera GX, dan menggunakannya dalam menggunakan perkhidmatan berkenaan, sekaligus mengelak daripada mencapai “Rate Limit” seperti yang berlaku apabila menggunakan pelayar web lain.