Carian
Signify Melancarkan Siri Lampu LED Terbaru Mereka Untuk Pasaran Tempatan
July 3, 2023 Nazrin

Signify Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa siri lampu LED yang terdiri daripada Philips Ultra Efficient, Philips Solar Lighting dan juga WiZ Smart Lighting yang boleh digunakan di dalam dan sekeliling rumah anda dalam pelbagai jenis cara.

Bermula dengan Philips Ultra Efficient LED, siri lampu LED ini hadir dengan beberapa pilihan suhu pencahayaan. Signify Malaysia juga mengatakan bahawa lampu didalam siri ini hadir dengan jangkahayat sekitar 50 ribu jam dan ialah 60 peratus lebih cekap dalam penggunaan kuasa elektrik berbanding dengan model lampu LED mereka sebelum ini.

Apabila lampu Philips Ultra Efficient ini dibandingkan dengan lampu LED Philips sendiri sebelum ini, lampu terbaru dilihat menggunakan 4.9W berbanding dengan 60W pada model lama.

Untuk Philips Solar Lighting pula, Signify Malaysia memperlihatkan pelbagai jenis rekabentuk lampu solar yang dicas di siang hari dan boleh digunakan di waktu malam. Satu pengecasan penuh membolehkan lampu ini digunakan selama sekitar tujuh ke lapan jam, dan apa yang sangat menarik mengenainya ialah ia juga tidak akan menaikkan bil elektrik rumah anda kerana ia dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar.

Philips WiZ Smart Lighting yang diperkenalkan oleh Signify pada tahun lepas juga dilihat memasuki pasaran tempatan dengan memperkenalkan sejumlah penawaran model lampu LED yang boleh diubahsuai bukan sahaja suhu cahaya putih, tetapi juga menukar warna cahaya lampu ke warna-warna yang berbeza melalui aplikasi Philips dan juga memasang dan menutup lampu melaluinya, dengan menyambungkan lampu-lampu ini ke rangkaian WiFi di rumah.

Signify Malaysia mengatakan bahawa lampu-lampu Philips Ultra Efficient, Solar Lighting dan WiZ Smart Lighting ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar rasmi Signify Malaysia di Shopee dan juga Lazada.

Komen