TweetDeck Versi Baharu Diperkenalkan – Akan Dihadkan Kepada Pengguna Berbayar Sahaja
Aman
Twitter hari ini telah memperkenalkan versi baharu TweetDeck yang dikemaskini, sekaligus membawa beberapa ciri-ciri bersama dengannya. Ini termasuk sokongan untuk Twitter Spaces, melihat bancian, dan sebagainya.

Bagi yang tidak mengenali akan TweetDeck, ia memudahkan pengguna mengikuti pelbagai latar masa, selain turut memaparkan senarai koleksi yang anda ingin ikuti, senarai carian dan lain-lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengguna tegar Twitter, agensi media sosial dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, versi baharu ini masih mempunyai beberapa had buat masa ini, termasuk tiada sokongan Teams – atau pengurusan akaun bersama. Twitter menyatakan ia akan menambah sokongan berkenaan dalam beberapa minggu lagi.
Pada masa yang sama, Twitter turut menyatakan mereka akan mengehadkan akses TweetDeck kepada pengguna berbayar sahaja dalam tempoh sekitar 30 hari lagi. Ini bermakna, pengguna perlu melanggan Twitter Blue dalam menggunakan TweetDeck ini. Di Malaysia, langganan Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.