Carian
Threads Dijangka Dilancarkan Minggu Ini – Pesaing Twitter Oleh Meta
July 4, 2023 Aman

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini dalam persediaan melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter, dan melalui penyenaraian di kedai aplikasi, ia dijangka dilancarkan pada minggu ini, seawal 6 Julai 2023.

Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi dibawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Twitter. Threads akan memudahkan perkongsian dalam bentuk teks, selain turut menyertakan gambar dan sebagainya.

Dengan pelbagai drama melanda Twitter kebelakangan ini, ramai yang sedang melihat kepada alternatif yang benar-benar kukuh dan stabil. Threads dijangka akan berjaya memenuhi ruangan tersebut. Ia akan dipasarkan dibawah Instagram sekaligus menarik ramai pengguna dalam menggunakannya. Sebelum ini, ia turut dikatakan akan mengintegrasikan ciri-ciri terpencar dalam memudahkan pengguna membawa akaun ke platform lain tanpa kehilangan sebarang data.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan penghujung minggu ini untuk melihat pelancaran Threads, dan bagaimana ia bakal menyaingi Twitter, serta reaksi pasaran sosial.

Komen