Carian
Xiaomi Pad 6 Tersenarai Di Laman SIRIM – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?
July 4, 2023 Fahim Zahar

Xiaomi Pad 6 adalah tablet Xiaomi baharu yang telah dilancarkan di China pada bulan April lalu. Pad 6 sejak dua bulan lalu telah tersenarai di laman SIRIM, mencadangkan ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Tablet ini hadir dengan skrin 11″ IPS LCD 144Hz Dolby Vision, dijana cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB, bateri berkapasiti 8840mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Pad 6 turut akan menyokong Xiaomi Smart Pen generasi kedua, hanya hadir dengan mode WiFi, kamera 13MP di belakang, 8MP di hadapan dan turut dilengkapi dengan speaker stereo Dolby Atmos. Seperti Pad 5, Pad 6 turut menyokong kerangka papan kekunci. Di China Pad 6 dijual pada harga bermula sekitar RM1200. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut untuk pasaran Malaysia.

Komen