TikTok Mempunyai Lebih 325 Juta Pengguna Di Asia Tenggara, 15 Juta Perniagaan
Aman
TikTok hari ini berkongsi beberapa perkembangan menarik pada platform mereka, khususnya di rantau Asia Tenggara. Menurut TikTok, kini terdapat lebih 325 juta pengguna aktif di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Menariknya juga, terdapat sekitar 15 juta perniagaan yang menggunakan platform TikTok Shop dalam melakukan jualan dan aktiviti berdagang. Mengikut sejumlah peniaga, mereka turut memperlihatkan peningkatan jualan mencapai 50% berbanding sebelum ini. Malah, dengan capaian lebih meluas, mereka tidak lagi terhad ke sesuatu lokasi sahaja, tetapi boleh melakukan jual-beli ke rantau yang lebih meluas.

TikTok melabelkan platform mereka sebagai “Shoppertainment” – yang mana gabungkan perkongsian kandungan dan juga aktiviti niaga. Pelbagai pihak sedia menyatakan ia akan menjadi salah satu perkara besar dalam arena edagang, dan TikTok sedang menerajui industri tersebut buat masa ini.
Mengakhiri perkongsian, pihak TikTok turut menyasarkan ia bakal menjadi peluang bernilai $1 trilion dalam beberapa tahun lagi untuk rantau ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.