Carian
IQOO 11S Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dan Pengecasan Pantas 200W
July 5, 2023 Amy Maizuraa

Peranti baharu IQOO 11S telah diumumkan secara rasminya di China. Secara umumnya ia menampilkan aspek reka bentuk yang sama seperti IQOO 11 namun diberikan penambahbaikan lebih menarik. Misalnya seperti pengecasan lebih pantas 200W, storan lebih besar 1TB dan sensor kamera lebih baik 50MP Sony IMX866.

Bermula dengan sistem pengecasan pantas 200W, ia menjadi antara tumpuan utama pada peranti. Bateri 4,700mAh yang digunakan pada IQOO 11S boleh dicas penuh 100% dalam hanya 10 minit. Bateri ini turut disertakan dengan teknologi Boron Nitride serba baharu bersama tambahan protokol pengecasan pantas UFCS untuk pengalaman lebih baik.

Peranti juga menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan pula mencapai 1TB. Ini digabungkan lagi dengan sistem operasi terkini Android 13, di samping turut memuatkan sokongan WiFi 7, NFC dan rangkaian 5G.

Sistem kamera pula merangkumi 50MP (Sony IMX866), 13MP untuk portrait dengan kemampuan zum sehingga 2X dan 8MP ultra-lebar di belakang. Kamera ini juga dilengkapi cip Vivo V2, kemudian kamera swafoto pula sebesar 16MP. Kesemua ini telah dimuatkan dalam sebuah peranti dengan skrin AMOLED sebesar 6.78″ yang juga menyokong kadar segar semula 144Hz.

Komen