Penjualan kelengkapan prototaip bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pengumpul memorabilia. Terkini, seorang individu di Jepun dilihat telah menjual beberapa model prototaip konsol Sony PlayStation 5 pada harga yang agak lumayan.

Konsol prototaip ini secara lazimnya dikeluarkan oleh Sony untuk membolehkan para pembangun permainan awal untuk membangunkan permainan untuk konsol tersebut sebelum ia dilancarkan. Ia tidak boleh digunakan begitu sahaja kerana ia memerlukan lesen terhad yang perlu diminta daripada Sony dan konsol tersebut hanyalah dipinjam kepada pembangun-pembangun ini.

Konsol prototaip yang dijual ialah “PS5 Prototype 2” yang dilihat hadir dengan rekaan yang sama seperti PS5 Prototype 1 tetapi mempunyai perisian yang lebih tua. Menariknya, terdapat beberapa model konsol ini yang dijual melalui Yahoo Auctions di Jepun, dan Sony nampaknya tidak begitu mengendahkan jualan konsol-konsol ini.

Konsol-konsol prototaip ini dijual pada harga 800 ribu yen, dan terdapat satu konsol Prototype 1 yang dijual pada harga 551 ribu yen, dan sebuah lagi konsol Prototype 2 yang memperlihatkan bidaan yang dijual pada harga permulaan 600 ribu yen.
Kami pasti bahawa Sony pasti sedar akan perkara ini, kerana bidaan-bidaan ini dilihat hadir untuk satu jangkamasa yang sangat singkat, dan ini dilihat membolehkan konsol-konsol ini dijual dengan kadar yang lebih cepat untuk mereka yang sempat membida untuknya.