RedMagic 8S Pro+ Kini Rasmi Dengan Memori 24GB RAM Dan 1TB Storan
Aman
Red Magic hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar baharu dibawah nama RedMagic 8S Pro. Beberapa variasi peranti ditawarkan dibawahnya, dengan yang paling besar adalah mencapai memori 24GB RAM.
RedMagic 8S Pro hadir dengan skrin 6.8-inci AMOLED pada nisbah 20:9, serta kadar segar semula 120Hz, menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 2 yang dilewahjam sehingga 3.36Ghz, selain peningkatan GPU sehingga 719Mhz.

Model asas untuk RedMagic 8S Pro hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR5X dan juga storan 128GB. Beberapa pilihan disediakan, termasuk sehingga 512GB UFS 4.0 storan. Red Magic juga menyediakan dua variasi untuk setiap model, iaitu turut hadir dengan edisi Aurora yang menyertakan kerangka belakang dengan rekaan lutsinar dan eksklusif – serta menyertakan pilihan memori lebih tinggi.

Disamping itu, RedMagic 8S Pro+ turut disediakan yang mana hadir dengan memori sehingga 24GB RAM dan juga 1TB storan. Ini sekaligus menawarkan prestasi dan storan besar bagi memudahkan pelbagai permainan disimpan dan dimainkan pada telefon pintar ini.


Melengkapkan telefon ini juga adalah bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan 80W untuk model Pro, sementara Pro+ hadir dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 165W. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 50MP bersama-sama dengan sensor 8MP ultra-lebar dan juga 2MP makro. Untuk swafoto pula, ia hadir dengan kamera 16MP. Sokongan lain seperti bicu audio 3.5mm dan WiFi 7 turut disertakan pada telefon pintar ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah model peranti ini akan memasuki pasaran global. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon 24GB RAM?
[sumber]Weibo[/sumber]