Threads Mula Aktif Untuk Sejumlah Pengguna Awal – Antaramuka Web Diperlihatkan
Aman
Mark Zuckerberg sedia menjadualkan pengenalan aplikasi pesaing Twitter mereka tersendiri, dinamakan Threads pada 6 Julai. Menariknya, dalam mengacah dan menjadikan lebih hype, kini laman web Threads telah aktif untuk sejumlah pengguna terpilih – terutamanya selebriti internet dan beberapa jenama.
Melalui web Threads, ia memperlihatkan rekaan antaramuka yang kemas, serta membawakan ciri seperti membalas sesuatu perkongsian dan ciri berkongsi semula (ReThread?), serta ciri-ciri lain.

Perkongsian awal ini juga memberikan gambaran bagaimana Threads akan kelihatan pada web dan juga peranti mudah-alih. Ia juga akan membolehkan Mark Zuckerberg terus mencuri perhatian ramai sebelum melancarkan ia secara rasminya pada 6 Julai, 10 malam waktu Malaysia.
Dari perkongsian awal ini, apa kata anda untuk rekaan Threads ini? Adakah anda akan berpindah dari Twitter?
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.