Carian
Visa : Malaysia Dijangka Menjadi Masyarakat Nirtunai Menjelang 2030
July 5, 2023 Aman

Visa kini telah berkongsi kajian terbaru mereka untuk pasaran tempatan, sekaligus berkongsi mengikut kajian dan pengamatan data, Malaysia boleh mencapai status masyarakat nirtunai menjelang 2030 kelak. Mengikut trend kebelakangan ini, hampir 70% pengguna sedia menggunakan pembayaran berasaskan terminal nirsentuh, selain ramai juga yang telah mula menggunakan transaski melalui dompet digital dan sebagainya.

TNG Kad Visa

Mengikut bancian yang dilakukan Visa juga, ia mendapati 92% rakyat kini lebih menggunakan kad debit atau kredit untuk pembayaran, sementara 50% pengguna kini memilih untuk kurang membawa wang tunai kerana risau berlaku kecurian atau kehilangan.

Dari segi faktor umur, ramai pengguna Gen-Z dan Gen-Y yang menggunakan transaksi nirtunai tertinggi berbanding generasi umur lain.


Visa sendiri menyatakan yang mana 8/10 daripada transaksi yang berlaku dibawah mereka adalah transaksi secara nirsentuh – sekaligus memposisikan Malaysia sebagai antara pasaran dengan penggunaan pembayaran nirsentuh termaju di Asia Pasifik. Jikalau dibandingkan, sekitar 2019, hanya sekitar 3/10 transaksi menggunakan kaedah nirsentuh.

Komen