Carian
Threads Kini Tersedia Untuk Digunakan Di iPhone Dan Android – Pesaing Twitter Oleh Meta
July 6, 2023 Aman

Meta kini telah melancarkan aplikasi alternatif untuk Twitter mereka, dinamakan sebagai Threads. Ia telah pun tersedia di iPhone dan Android – sekaligus membolehkan para pengguna mendaftar dan menggunakan aplikasi berkenaan.

Threads menggunakan akaun Instagram untuk tujuan pendaftaran, dan pengguna akan menggunakan nama pengguna yang sama seperti pada platform Instagram. Pengguna juga diberikan pilihan untuk mengimport gambar serta bio profil terus dari Instagram dengan mudah.

Antaramuka yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti di Twitter, tetapi dengan elemen antaramuka seumpama Instagram. Buat masa ini, ia tampil kemas dan mudah untuk digunakan.

Bagi anda yang berminat, boleh memulakan pendaftaran akaun dengan memuat-turun Threads di iOS dan Android – sekaligus melihat bagaimana Mark Zuckerberg akan bersaing dengan Twitter yang dimiliki Elon Musk.

Komen