Carian
Oppo Enco Air3 Pro Berharga RM399 Di Malaysia – Sokong LDAC Dan Bateri 30 Hari 
July 6, 2023 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan siri Reno10 baharu, fon telinga Oppo Enco Air3 Pro turut diumumkan secara rasmi pasa hari ini. Ia menjadi fon telinga nirwayar baharu Oppo yang menggantikan Enco Air2 Pro tahun lalu. Ia juga menampilkan gabungan fon telinga jenis dalam telinga bertangki bersama pod pengecas yang berbentuk bujur.

Set pemandu audio sebesar 12.4mm digunakan yang juga menyokong kawalan sesentuh sepenuhnya. Ia juga dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) dan LDAC terbina. Seterusnya tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3 untuk sambungan yang stabil.

Fon telinga juga melepasi penarafan kalis air IP55 dan bateri 440mAh disertakan boleh beroperasi sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas. Apabila kehabisan ia boleh dicas semula menggunakan sambungan USB-C yang diiklankan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk penuh. 

Bagi yang berminat Oppo Enco Air3 Pro dijual di Malaysia dengan harga RM399 seunit. Ia boleh dibeli bermula dengan dua pilihan warna seperti putih dan hijau.

Komen