Carian
Pra Tempahan Tablet Huawei MatePad Air dan MatePad 11.5 Bermula Hari Ini
July 7, 2023 Nazrin

Huawei Malaysia juga telah membawa masuk dua buah tablet baru ke pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad Air sebagai tablet kelas premium mereka dan juga Huawei MatePad 11.5 bagi mereka yang mahukan sebuah tablet yang .

Huawei MatePad Air ini hadir dengan paparan skrin sesentuh FullView Display dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz dengan nisbah paparan 3:2 yang menyerupai saiz sekeping kertas A4. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 dengan 8GB memori dan storan sebesar 256GB dan digerakkan sistem operasi HarmonyOS 3.1.

Dengan nama MatePad Air, tablet ini juga hadir dengan rekaan yang cukup nipis dan ringan sekali, pada saiz 6.4mm dan berat 506g sahaja. Ia juga dimuatkan dengan bateri bersaiz 8300mAH dan menyokong kebolehan pengecasan 40W.

Ciri-ciri tambahan ialah seperti kamera 13MP di bahagian belakang, sokongan untuk perisian produktiviti WPS Office, kebolehan untuk disambungkan ke komputer riba Huawei MateBook sebagai paparan tambahan dan kemudahan untuk mengambil dan menambahkan nota kedalam dokumen melalui Quick Notes.

Dalam pada itu, Huawei Malaysia juga memperlihatkan Huawei MatePad 11.5, sebuah tablet yang lebih mampu milik yang hadir dengan saiz paparan yang sama dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz.

Tablet ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870 dengan memori DDR4 6GB dan storan dalaman 128GB yang mencukupi untuk kegunaan asas harian di rumah. Ia juga hadir dengan sokongan untuk ciri-ciri seperti WiFi6 dan Huawei Share yang membolehkan pengguna untuk berkongsi fail antara peranti dengan mudah.

Huawei Malaysia mengatakan bahawa pra-tempahan untuk Huawei MatePad Air dan Huawei MatePad 11.5 sudahpun dibuka sehingga 21 Julai ini melalui laman web mereka, dan akan mula dijual secara rasmi pada 22 Julai ini. Setiap pra-tempahan akan hadir bersama-sama Huawei Smart Keyboard dan M-Pencil generasi kedua bernilai RM998.

  • Huawei MatePad Air (LTE, 8GB+256GB) – RM2799
  • Huawei MatePad 11.5 (LTE, 6GB+128GB) – RM1699
  • Huawei MatePad 11.5 (WiFi, 6GB+128GB) – RM1499

Komen