Carian
Tidal Menguji Sokongan Penstriman Audio Hi-Res FLAC
July 6, 2023 Fahim Zahar

Tidal adalah platform yang terkenal dengan penstriman audio kualiti tinggi Master Quality Authenticated (MQA) sebagai pilihan tertinggi pada kadar 24-bit/96 kHz. Terbaru mereka sedang menguji sokongan penstriman Hi-Res FLAC dengan kadar 24-bit/192kHz untuk pengguna iOS yang melanggan pelan HiFi Plus. Pilihan Master turut dibuang dan digantikan dengan Max. Format 24-bit/192 kHz turut sama dengan apa yang ditawarkan oleh Apple Music.

Terdapat lebih 6 juta lagu dengan formar FLAC berada di Tidal sekarang. Tidal turut akan kerap mengemaskini menambah lebih banyak lagu dengan format ini. Kelak di masa hadapan pelbagai format audio lain turut akan ditambah.

Mereka yang berminat boleh langgan HiFi Plus pada harga kekal RM49.90 sebulan kerana tidak terkesan dengan kenaikan harga baru-baru ini. Buat masa ini penstriman FLAC masih lagi dalam ujian untuk pengguna iOS yang terpilih.

Komen