A.S Menguji Penggunaan A.I Generatif Untuk Tujuan Tentera
Effi Saharudin
Tentera Amerika Syarikat mengesahkan mereka menguji penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif untuk membantu mereka mengambil keputusan penting. Menurut laporan Bloomberg, lima AI generatif yang dirahsiakan sedang diuji dengan ia model bahasa raya (LLM) ini dilatih menggunakan data rahsia ketenteraan.

Dalam satu ujian, AI mampu memberikan jawapan kepada masalah yang diberikan dalam masa 10 minit. Sebelum AI digunakan, jawapan hanya diterima selepas beberapa jam. Proses mendapatkan maklumat menggunakan AI akan membolehkan keputusan dilakukan ketika melakukan operasi di medan perang lebih pantas.
Ujian akan dilakukan sehingga 27 Julai dengan pada peringkat awal ia diminta memberikan jawapan untuk konflik kecil sebelum diberikan masalah yang lebih kompleks melibatkan penggunaan aset dan senjata di medan perang.
Penggunaan AI untuk kegunaan ketenteraan adalah isu hangat yang menyebabkan ratusan penyelidik menandatangani surat terbuka bersetuju ia boleh membawakan risiko kepada kepupusan manusia. Dalam pelbagai fiksyen apokalips Terminator, AI Skynet menghapuskan manusia dengan melakukan serangan menggunakan senjata nuklear.
[sumber] Bloomberg [/sumber]