Threads Akan Menambah Ciri Garis Masa Untuk Hanya Akaun Yang Diikuti Tidak Lama Lagi
Aman
Meta hari ini telah memperkenalkan Threads, iaitu aplikasi alternatif kepada Twitter yang boleh dilog masuk menggunakan akaun Instagram. Aplikasi tersebut menerima reaksi positif ramai, termasuk menyaksikan pendaftaran mencapai lebih 10 juta akaun dalam masa yang singkat.

Threads yang baharu ini masih mempunyai beberapa kekurangan, tetapi yang paling utama adalah ketiadaan paparan garis masa untuk hanya akaun yang kita ikuti sahaja. Menjawab pertanyaan tersebut, Adam Mosseri yang mengetuai Instagram menyatakan ciri berkenaan dalam senarai mereka untuk ciri yang akan ditambah.
Walaubagaimanapun, tiada masa diberikan bilakah ciri tersebut bakal diperkenalkan.
Disamping itu, Threads juga menyasarkan untuk menambah ciri sokongan multi-akaun dalam masa terdekat.
Untuk makluman, Instagram sedia mempunyai ciri menapis perkongsian melihat hanya akaun yang kita ikuti sahaja. Dengan Threads dibawah Instagram, tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan tidak lama lagi.