Carian
China Memperkenalkan Sistem Operasi Komputer Berasaskan Sumber Terbuka – OpenKylin
July 6, 2023 Aman

China kini telah memperkenalkan sistem operasi sumber terbuka untuk desktop, dinamakan OpenKylin. Ia dibangunkan berasaskan sistem Linux oleh komuniti yang melibatkan sekitar 4000 pembangun.

Langkah China untuk memfokuskan sistem operasi tersendiri ini hadir dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pihak Amerika Syarikat – apatah lagi dengan perang perdagangan antara kedua-dua negara ini.

Selain penawaran OpenKylin ini, terdapat pembangunan sistem operasi lain juga di China yang ingin menggantikan penggunaan sistem Windows.

OpenKylin menggunakan Linux Kernel 6.1, dan menawarkan antaramuka lebih kurang seperti Windows – dan turut dilengkapi menu “Start” tersendiri. Disamping itu, ia juga hadir dengan perisian terbina seperti Mozilla Firefox, WPS Office, dan aplikasi lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran OpenKylin ini hari ini pada laman rasmi, dan mencubanya sendiri pada komputer masing-masing.

Komen