Carian
OpenAI Membangunkan Superintelligence Bagi Menghalang AI Memusnahkan Manusia
July 6, 2023 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) adalah teknologi yang hangat diperkatakan sekarang. Impak AI sudahpun dapat dilihat dengan sudah wujud laporan manusia kehilangan kerja disebabkannya. Ahli akademik dan pakar AI juga bersetuju tanpa kawalan AI boleh menyebabkan kepupusan spesis manusia. OpenAI yang membangunkan ChatGPT dan GPT-4 hari ini mengumumkan pembangunan Superintelligence.

Superintelligence ialah sistem yang diharap dapat mengawal AI untuk mengelakkannya memudaratkan manusia di masa akan datang. Ia dijangka akan mula beroperasi dalam masa empat tahun. OpenAI memberikan komitmen 20% kuasa memproses komputer mereka untuk membangunkan Superintelligence.

Selama ini teknik pembelajaran pengukuhan (reinforced learning) digunakan untuk mengarahkan AI ke jalan yang betul menerusi input manusia. Superintelligence diperlukan kerana kelak AI akan menjadi lebih bijak dan tiada manusia yang boleh memantaunya daripada menyimpang.

OpenAI menyedari cita-cita mereka untuk membangunkan Superintelligence adalah tinggi tanpa jaminan ia akan memperoleh kejayaan. Oleh sebab itu mereka menjemput penyelidik dan jurutera untuk menyumbang kepada pembangunannya.

Komen