Carian
OpenSignal : Malaysia Mempunyai Kelajuan Muat-Turun 5G Ke-4 Terpantas Di Dunia
July 6, 2023 Aman

OpenSignal kini telah mengeluarkan laporan terkini mereka, sekaligus memperlihatkan Malaysia mempunyai kadar kelajuan muat-turun 5G yang ke-4 terpantas di dunia. Melalui laporan tersebut, Korea Selatan menerajui senarai dengan kelajuan purata 432.5Mbps, diikuti Singapura dengan kelajuan purata 376.8Mbps, Brazil dengan 346.4Mbps, dan Malaysia pada tangga ke-4 dengan kelajuan muat-turun purata 322.7Mbps.

OpenSignal turut menyatakan yang mana hanya tujuh negara memperlihatkan kadar muat-turun purata 5G melangkaui 300Mbps.

Walaubagaimanapun, OpenSignal turut menyentuh berkenaan pasaran Malaysia secara ringkas, menyatakan Malaysia menggunakan rangkaian tunggal 5G, selain kadar penggunaan 5G yang masih sangat rendah. Ini bermakna kadar muatan rangkaian masih sangat rendah membawa kepada kelajuan penggunaan tinggi.

Di Malaysia, pada hari ini Celcom, Digi, U Mobile, Unifi Mobile dan Yes menawarkan perkhidmatan 5G, melalui infrastruktur DNB. Maxis dikatakan akan menandatangani perjanjian akses bersama DNB tidak lama lagi. Kerajaan juga menyatakan Malaysia akan beralih ke model dwi-rangkaian 5G menjelang awal tahun 2024 kelak, selepas DNB mencapai kadar liputan 80% kawasan berpenduduk.

Komen