Mengikut penganalisa berpusat di Hong Kong, ia diramalkan yang mana telefon pintar Apple generasi akan datang, iaitu iPhone 15 Pro Max, dijangka akan berharga lebih tinggi berbanding model iPhone 14 Pro Max sedia ada.
Sebab untuk peningkatan harga jualan tidak dinyatakan lagi. Namun, terdapat desas-desus menyatakan Apple akan menambah sokongan sensor telefoto pada model akan datang ini. Disamping itu, Apple turut dijangka menawarkan beberapa ciri baharu lain, termasuk kemungkinan menyertakan sokongan pengecasan berasaskan USB-C.
Pada hari ini, iPhone 14 Pro Max ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM5799.
Buat masa ini, ia sekadar ramalan daripada penganalisa sahaja, dan bukannya rasmi. Apple dijangka memperkenalkan penawaran mereka seawal September 2023 kelak.