Carian
Oppo A78 4G Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM999
July 7, 2023 Amy Maizuraa

Peranti siri Oppo A telah dikemaskini dengan penawaran baharu pada hari ini. Melaluinya Oppo A78 4G diumumkan dengan harga RM999 sebuah dan boleh dibeli secara eksklusif di Shopee. Menariknya lagi apabila pembelian turut didatangkan dengan pemberian TWS Earbuds bernilai RM109 secara percuma untuk masa terhad.

Oppo A78 4G dilengkapi dengan skrin 6.44″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Gabungan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB digunakan sebagai tunjang utama peranti. Dalam pada itu peranti juga menawarkan ruangan tambahan menerusi kad mikroSD sehingga 1TB.

Turut disertakan adalah sistem dwi-kamera 50MP + 2MP di belakang, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W menerusi sambungan USB-C. Lain-Peranti juga melepasi penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan.

  • Beli – Oppo A78 4G | Shopee Malaysia
Komen