Carian
Adobe Pula Menghadkan Penggunaan AI Generatif Oleh Kakitangan
July 7, 2023 Effi Saharudin

Adobe mengikut langkah Samsung dan Apple menghadkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif oleh kakitangan. Syarikat mengingatkan kakitangan supaya tidak menggunakan emel peribadi dan kad kredit korporat apabila melanggan kepada AI pesaing seperti ChatGPT. Dari segi halangan, Adobe masih lebih terbuka berbanding Samsung yang mengharamkan terus penggunaan AI pihak ketiga.

Adobe Firefly

Seperti syarikat teknologi lain, Adobe juga membangunkan kecerdasan mereka sendiri seperti Firefly. Oleh itu mereka menggalakkan kakitangan menggunakan AI keluaran syarikat. Arahan menghalang penggunaan kecerdasan buatan mula dikeluarkan pelbagai syarikat apabila ia menyebabkan rahsia syarikat tertiris ke arena web.

Dengan terdapat banyak AI dibangunkan pada waktu ini, di masa hadapan mungkin setiap syarukat kana membangunkan AI sendiri bagi memastikan rahsia syarikat terjaga. Inilah yang ditawarkan oleh Naver yang bekerjasama dengan Samsung untuk AI tersendiri dan turut akan menawarkannya kepada negara yang risau data mereka dikongsi dengan Amerika Syarikat.

Komen