Carian
Telekom Malaysia Mengumumkan Pelantikan CEO Baharu Berkuat-Kuasa Ogos 2023
July 7, 2023 Nazrin

Telekom Malaysia hari ini baru sahaja mengumumkan bahawa Amar Huzami Md Deris akan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif daripada Datuk Imri Mokhtar bermula 1 Ogos 2023 ini.

Amar Huzaimi ialah seorang lagi orang lama di Telekom Malaysia, dimana beliau memasuki syarikat tersebut pada tahun 1998 selepas menamatkan pengajiannya di universiti. Beliau sebelum ini menimba pengalaman didalam bahagian kawalan kewangan, audit dalaman, hal ehwal korporat dan kawal selia.

Berkenaan peranan baru ini, Amar berkata, “Datuk Imri telah menetapkan arah yang tepat untuk TM, dengan asas kukuh daripada pemulihan pendapatan dan penerokaan bidang- bidang pertumbuhan baru – merencanakan evolusi dari Telco menjadi sebuah TechCo. Saya berbangga telah terlibat di dalam perjalanan tersebut; dan kini saya berazam meneruskannya dan memimpin TM ke tahap yang lebih tinggi.

Datuk Imri, yang telah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia sejak 2020, akan menamatkan tugasnya pada 31 Julai ini, dan mengatakan bahawa syarikat tersebut akan bertambah maju lagi dibawah pimpinan Amar Huzaimi.

“Amar adalah pemimpin dalaman TM yang cemerlang, dengan kemampuannya yang terbukti dalam menguruskan perniagaan, menghasilkan impak dan kejayaan yang berterusan. Saya yakin TM akan mencapai kecemerlangan yang lebih besar di bawah kepimpinan beliau. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Amar, pasukan pengurusan dan seluruh Warga TM, dalam mereka memulakan fasa seterusnya dalam pertumbuhan dan evolusi syarikat.”

Komen