Carian
Nothing Phone (2) Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula 15 Julai Ini
July 8, 2023 Fahim Zahar

Sebentar tadi laman web Nothing dikemaskini dengan maklumat yang Nothing Phone (2) turut boleh didapatkan di Malaysia, bermula 15 Julai 2023 kelak. Melalui apa yang dikongsikan, pengguna boleh mendapatkannya di Crossover, MidValley KL mulai pukul 11 pagi.

Buat masa ini harga jualan Nothing Phone (2) untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan lagi. Variasi memori dan storan yang akan dijual juga masih belum diketahui. Apa yang pasti adalah telefon ini akan mempunyai dua pilihan warna iaitu kelabu atau putih.

Spesifkasi Nothing Phone (2) turut menjadi spekulasi buat masa ini, dimana desas-desus mengatakan ia akan mempunyai skrin 6.7″ OLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4700mAh, menjalankan Nothing OS 2.0 dengan kemaskini sehingga 3 generasi Android dan menggunakan sistem lampu Glyph baharu serta menawarkan rekaan yang melengkung.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 Julai 2023 ini untuk menyaksikan penawaran pihak Nothing melalui telefon terbaru mereka untuk pasaran tempatan.

Komen