Beberapa pengeluar komputer riba pada hari ini, sedia menawarkan produk dengan skrin boleh-lipat kepada pengguna. Namun, semestinya ramai yang menantikan pengenalan MacBook keluaran Apple menggunakan teknologi sama.
Kini, hadir laporan baharu mengatakan Apple dijangka memperkenalkan MacBook dengan skrin boleh lipat menjelang 2026 kelak. Apple dikatakan telah dalam proses perbincangan bersama pembekal untuk membangunkan model MacBook tersebut.

Sebelum ini, ia turut telah dikatakan Apple sedang bangunkan MacBook dengan skrin sentuh untuk penawaran seawal 2025 kelak.
Buat masa ini, laporan ini hadir berasaskan desas-desus pertemuan bersama pembekal sahaja. Apple kebiasaannya akan menantikan sesuatu teknologi tersebut matang dalam usaha menawarkan yang terbaik kepada pengguna. Dengan skrin boleh-lipat yang meninggalkan kesan lipatan pada hari ini, tidak diketahui lagi sama ada Apple akan hadir dengan MacBook menggunakan skrin boleh-lipat dalam masa terdekat atau tidak.
Sama-sama kita nantikan perkembangan berkenaan hal ini.
- Sumber
- BusinessKorea