WhatsApp Menguji Ciri Menapis Dan Mengkategorikan Perbualan
Aman
WhatsApp Beta pada Android kini dilihat menguji sebuah ciri baharu, yang memudahkan pengguna untuk menapis dan mengkategorikan perbualan pada aplikasi berkenaan.
Dengan langkah ini, beberapa pilihan penapis disediakan, termasuk mesej-mesej yang belum dibaca lagi, mesej-mesej berbentuk peribadi, dan juga mesej-mesej yang melibatkan pekerjaan.

Ini sekaligus memudahkan lagi para pengguna menguruskan komunikasi dan perbualan mereka pada aplikasi WhatsApp.
Buat masa ini, ciri ini pada peringkat ujian, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua. Bagi anda sendiri, adakah ciri ini dinantikan atau lebih gemar dengan WhatsApp sedia ada?
[sumber]WABetaInfo[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.