Di Kanada Emoji Ibu Jari Sah Digunakan Untuk Persetujuan Kontrak Rasmi
Effi Saharudin
Berhati-hati apabila menggunakan emoji ibu jari (thumbs up) sekiranya anda di Kanada. Mahkamah di Saskatchewan mengarahkan Chris Achter seorang peladang untuk membayar ganti rugi C$82,000 (~RM288,000) kepada South West Terminal kerana gagal membekalkan flaks seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

Archter berkata beliau sekadar menghantar emoji ibu jari sebagai petanda beliau menerima salinan kontrak membekalkan flaks dan bukannya bersetuju dengan kontrak yang dihantar oleh South West Terminal. Hakim walau bagaimanapun berpihak dengan pihak South West Terminal selepas mendengar hujah mengenai asal usul penggunaan ibu jari sejak dari dahulu lagi.
Penggunaan aplikasi pemesejan elektronik membuatkan bukan hanya persetujuan bertulis boleh diterima di mahkamah. Contoh terbaik talak boleh jatuh walaupun dengan menghantar mesej menerusi WhatsApp. Maka berhati-hatilah dengan apa yang ditulis dan dihantar menerusi medium elektronik selepas ini.
[sumber] Reuters [/sumber]