Cari @ Amanz

Twitch, sebuah perkhidmatan memfokuskan peminat permainan video, kini mengumumkan akan menambah sebuah ciri yang popular di pelbagai laman sosial lain, iaitu Stories.

Twitch Stories akan boleh diakses untuk tempoh sekitar 24 jam seperti perkhidmatan yang lain, dan dipaparkan pada bahagian paling atas aplikasi mudah-alih. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan para penstrim kandungan untuk kekal berkomunikasi dengan pengikut serta peminat masing-masing.

Twitch turut menyatakan ini akan memudahkan penerbit kandungan untuk menawarkan kandungan eksklusif serta ketika luar-talian kepada para peminat.

Twich menyasarkan untuk memperkenalkan ciri ini kepada umum pada bulan Oktober 2023 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd