Shazam merupakan salah satu aplikasi yang digunakan dalam mengenal-pasti sesuatu lagu. Ia digunakan ramai dalam mengetahui lagu-lagu yang dimainkan di radio dan sebagainya, seterusnya strim akan lagu berkenaan pada perkhidmatan muzik kegemaran – atau mencari untuk membelinya.

Terbaru, Shazam yang dimiliki oleh Apple ini dikemaskini, sekaligus menambah sokongan untuk turut mengenal-pasti lagu yang dimainkan di YouTube, Instagram dan TikTok. Ini akan membantu anda untuk mengenali sesuatu lagu sekiranya ia tidak dilabelkan dengan baik pada laman sosial berkenaan.
Shazam menyatakan pengguna hanya perlu tekan butang biru Shazam untuk kenal-pasti lagu, dan seterusnya membuka kembali aplikasi TikTok, YouTube atau Instagram. Lagu akan dikenal-pasti dan akan diberitahu kepada pengguna berkenaan dengan tajuk dan penyanyinya.
Bagi anda yang menggunakan Shazam, boleh mengemaskini aplikasi di AppStore dan Play Store hari ini, dan menggunakan ciri baharu ini.