Robot Mula Digunakan Di Sekolah A.S Untuk Mengelakkan Insiden Tembak Menembak
Effi Saharudin
Amerika Syarikat mempunyai pandemik tembak menembak di sekolah. Setiap minggu pasti ada sahaja kematian dicatatkan sehingga pergi ke sekolah mirip pergi ke lapangan terbang dengan pelajar perlu melalui mesin pengesan logam. Di Santa Fe High School yang terletak di New Mexico robot mula digunakan sebagai pengawal keselamatan.

Robot ini beroperasi 24 jam sehari tujuh hari seminggu dengan kemampuan mengesan individu tidak dikenali dan pencerobohan. Jika berlaku kejadian tembak menembak, ia diarahkan untuk menghubungi pihak keselamatan dan menstrim lokasi penembak secara masa nyata. Ia walau bagaimanapun masih tidak dilengkapi senjata kerana masih dalam peringkat percubaan.
Setakat ini ia telah mengesan kehadiran individu yang bukan kakitangan sekolah dan insiden pintu sekolah cuba dibuka walaupun dikunci. Penggunaan robot dalam pemantauan sudah semakin menjadi semakin normal. Di Singapura ia telahpun digunakan di Lapangan Terbang Changi oleh polis republik ini.
[sumber] Wall Street Journal [/sumber]