Siri Cip Pemprosesan Intel Raptor Lake Refresh Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Ini
Nazrin
Sebelum ini ia telah disahkan bahawa siri cip pemprosesan generasi ke-14 yang akan diperkenalkan oleh Intel pada penghujung tahun ini ialah Raptor Lake Refresh, dan bukan Meteor Lake seperti yang disangka sebelum ini.
Butiran yang diketahui mengenai Raptor Lake Refresh adalah seperti peningkatan kadar IPC dan kemaskini dari segi proses binaan yang digunakan untuk mengeluarkan cip pemprosesan ini.
Terkini, maklumat mengenai tarikh pelancaran cip pemprosesan ini nampaknya telah tertiris ke arena web melalui peniris maklumat dari China, iaitu Enthusiast Citizen.

Untuk pelancaran tersebut, nampaknya kita akan memperlihatkan siri cip pemprosesan biasa terlebih dahulu, manakala siri cip pemprosesan yang boleh dilewahjam, iaitu siri Intel generasi ke-14 siri K hanya akan diperlihatkan pada awal tahun hadapan, berkemungkinan besar sewaktu acara CES 2024 di Las Vegas.
Menariknya, siri papan induk baru juga akan diperlihatkan, termasuklah Z890, B860 dan H810. Dari segi teknologi, ia dijangka bahawa papan induk ini akan menjadi siri pertama yang menyokong teknologi WiFi7 dan mempunyai lebih banyak jaluran PCIe 4.0 berbanding papan induk Z790.
Apa yang tidak diketahui buat masa ini ialah tentang sokongan soket CPU, samada ia akan menggunakan soket LGA1700/1800 sebelum ini, ataupun LGA 1851 yang sepatutnya diperkenalkan bersama cip pemprosesan Intel Meteor Lake.
[sumber]ECSM Bilibili[/sumber]