Carian
WhatsApp Web Kini Boleh Diakses Menggunakan Nombor Telefon
July 10, 2023 Amy Maizuraa

Proses menggunakan versi WhatsApp Web kini menjadi lebih mudah menerusi kemas kini baharu yang disediakan. Melaluinya pengguna dibenarkan memautkan akaun WhatsApp ke versi web tanpa perlu mengimbas kod QR. Sebaliknya boleh menggunakan nombor telefon utama menerusi ciri yang dipanggil sebagaiLink With Phone Number.

Pilihan baharu tersebut telah tersedia untuk pengguna beta terpilih dan bakal ditawarkan dengan lebih meluas kepada pengguna lain secara berperingkat. Ia juga boleh diakses dengan beberapa langkah mudah, di mana pengguna perlu membuka WhatsApp web pada peranti dekstop yang ingin dipautkan.

Kemudian pilih ciri “Link With Phone Number”, yang seterusnya pengguna juga akan diminta memasukkan nombor bagi menerima 8 kod aksara yang perlu dimasukkan ke dalam aplikasi WhatsApp selepas menerima pemberitahuan.

Ciri ini boleh dianggap menarik, khususnya bagi pengguna yang mempunyai masalah kamera pada peranti yang tidak berfungsi untuk mengimbas kod QR.

Komen