Memulakan perjalanan kerjaya baharu semestinya merupakan masa yang paling ditunggu-tunggu dan menggembirakan sekali terutamanya buat para graduan yang sudah lama menantikan saat ini. Namun, pada permulaan perjalanan kerjaya ini pasti membawa pelbagai cabaran seperti kekangan kewangan, terutamanya apabila disaat memerlukan wang untuk memenuhi keperluan pekerjaan.

Oleh itu, konsep Bayar Nanti Pakai Lekas atau BNPL mampu untuk menawarkan kaedah pembiayaan secara ansuran tanpa membebankan kewangan. Pelbagai syarikat telah memperkenalkan perkhidmatan “Bayar Nanti Pakai Lekas” mereka tersendiri dan salah satunya adalah PayLater oleh Grab. Melalui perkhidmatan ini, ia memudahkan proses pembayaran dan membantu anda mengawal kewangan dengan lebih baik, terutamanya jika anda baru saja memulakan perjalanan kerjaya.
Beli Barangan Untuk Kerjaya Baharu Anda Menggunakan PayLater oleh Grab
Kebiasaannya, pelbagai persiapan harus dilakukan sebelum memasuki pekerjaan baharu. Mana tidaknya, anda perlu membeli baju kerja, peralatan kerja, rumah sewa, perbelanjaan makan seharian dan banyak lagi. Perbelanjaan ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada kewangan terutamanya apabila anda sedang menunggu gaji pertama. Namun, dengan kaedah pembayaran yang membenarkan anda untuk membeli dahulu dan membayar kemudian seperti PayLater oleh Grab ini, ia menyediakan sebuah penyelesaian pembayaran yang lebih fleksibel. Untuk memastikan perjalanan kerjaya anda berjalan dengan lancar pada permulaannya, anda boleh membeli beberapa barangan penting menggunakan PayLater oleh Grab.

Misalnya, jika anda baru sahaja memulakan perjalanan kerjaya sebagai seorang pencipta kandungan, anda pasti memerlukan ruang storan yang mencukupi. Namun harganya agak tinggi untuk kapasiti storan yang besar. Ini membuatkan sesetengah di antara anda akan berasa ralat untuk membelinya ditambah pula apabila gaji pertama anda belum masuk. Oleh itu, disinilah PayLater oleh Grab menyediakan penyelesaian yang mudah untuk anda membeli cakera keras (HDD) bersama kapasiti storan yang anda perlukan tanpa perlu menunggu gaji terlebih dahulu. Ini seterusnya membolehkan anda untuk memulakan perjalanan penciptaan kandungan tanpa perlu berlengah lagi.
Bayar Kemudian Sesudah Mendapat Gaji
Melalui PayLater oleh Grab, anda boleh membeli barangan keperluan anda tanpa membayar jumlah penuh serta-merta. Sebaliknya, anda boleh membahagikannya kepada ansuran yang menjadikan amaun pembayaran lebih kecil. Dengan memilih pembayaran secara ansuran ini, anda boleh memperuntukkan wang anda untuk perbelanjaan lain yang lebih penting dan dalam masa yang sama, masih boleh mendapatkan perkara yang anda perlukan, seperti peribahasa Melayu “sambil menyelam minum air”.

Beralih kepada kaedah pembayaran, PayLater oleh Grab menawarkan dua pilihan pembayaran iaitu sama ada dengan menggunakan pembayaran pascabayar atau secara ansuran. Untuk pembayaran pascabayar, bil anda akan ditolak secara automatik pada 7 hari bulan setiap bulan melalui baki dalam GrabPay Wallet.
Manakala, pilihan kedua membenarkan anda untuk membahagikan pembayaran kepada empat ansuran bulanan. Ansuran pertama merupakan bayaran yang perlu dibuat semasa hari pembelian, dan tiga baki bayaran seterusnya akan dibayar pada tarikh yang sama pada setiap bulan. Jadi dengan fleksibiliti seperti ini, anda boleh membeli pelbagai barangan keperluan anda tanpa perlu menunggu gaji seterusnya.

Bayar Di Kaunter Kedai Terpilih Menggunakan PayLater oleh Grab
PayLater oleh Grab telah mengembangkan rangkaian rakan kongsi perniagaannya termasuk pembayaran di kedai fizikal dan ini memudahkan anda untuk mencari kedai yang menyokong kaedah pembayaran ini. Kedai seperti All IT Hypermarket, Miniso, Mango, TBM, dan Lancôme merupakan antara barisan rakan kongsi sedia ada. Ataupun, anda juga boleh mencari kedai yang turut memaparkan papan PayLater oleh Grab di hadapan pintu kedai mereka untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Dengan ini, anda boleh membeli keperluan anda yang lain seperti baju, kasut ataupun komputer riba melalui kedai-kedai yang dinyatakan di atas dimana ia menawarkan lebih banyak pilihan untuk anda memperolehi barangan yang diperlukan. Dengan barisan rakan kongsi yang semakin berkembang, PayLater oleh Grab menjadi pilihan yang lebih baik untuk anda yang ingin menjadikan perjalanan kerjaya baharu anda lebih lancar.

Keistimewaan Lain PayLater oleh Grab
Selain dari membayar secara ansuran, PayLater oleh Grab juga menawarkan ciri penolakan secara automatik. Ia membantu menyelaraskan pembayaran bil dimana ia memastikan anda untuk membuat pembayaran tepat pada masanya. Dengan ini, ia juga boleh memberikan anda ketenangan jiwa tanpa memikirkan bayaran yang perlu dibuat dihujung bulan nanti.
Sebagai tambahan kepada faedah yang dinyatakan di atas, PayLater oleh Grab juga menawarkan diskaun eksklusif dari semasa ke semasa. Seperti contoh, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis potongan harga jika anda menggunakan PayLater oleh Grab di kedai yang terpilih. Ini menjadikan pembelian lebih berbaloi dan membantu untuk menjimatkan perbelanjaan anda dengan lebih efektif.

Melalui PayLater oleh Grab juga, anda boleh menikmati pelbagai ganjaran GrabRewards jika anda membeli menggunakan pembayaran ansuran ini. Selain dari PayLater oleh Grab, anda juga boleh menikmati GrabRewards jika melanggan GrabUnlimited dimana pelbagai tawaran dan baucer diskaun yang lain diberikan melalui aplikasi Grab. Ganjaran ini boleh dikumpul dan digunakan untuk perbelanjaan masa hadapan, seterusnya membolehkan anda untuk menikmati lebih banyak faedah daripada hasil pembelian anda.
Akhir sekali, perkhidmatan PayLater oleh Grab ini lebih telus berbanding BNPL yang lain dimana tiada sebarang faedah atau caj tersembunyi yang dikenakan selagi anda membuat pembayaran semula tepat pada masanya. Ini menjadikan PayLater oleh Grab sebagai pilihan yang baik dimana ia membolehkan anda membuat pembelian dan bayaran secara ansuran tanpa menanggung beban kewangan yang berlebihan dari kemampuan anda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, PayLater oleh Grab telah muncul sebagai pilihan pembayaran yang mudah dan fleksibel disamping memberi kuasa kepada kita untuk menguruskan aliran tunai dengan berkesan. Tidak dinafikan lagi, perkhidmatan ini memberikan manfaat terutamanya kepada anda yang berdisiplin dalam membuat pembayaran semula selepas mendapat gaji. Dengan memanfaatkan PayLater oleh Grab, anda boleh menikmati pengalaman membeli dahulu keperluan dan membayarnya kemudian. Ini sekaligus membolehkan anda untuk membuat pembelian dengan mudah tanpa menanggung beban kewangan yang tinggi.

Untuk syarat pengaktifan PayLater oleh Grab, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan keatas. Sekiranya anda sudah melepasi segala syarat yang ditetapkan, anda boleh terus mengaktifkan PayLater oleh Grab anda di bahagian “Finance” dan akan ada pilihan “PayLater” untuk anda aktifkannya.
Jadi, tunggu apa lagi, ayuh uruskan perbelanjaan anda dengan bijak dan lebih baik melalui aplikasi Grab.

Penafian: Advertorial dari Grab Malaysia