Carian
BMW CE 02 Dilancarkan Untuk Golongan Remaja Dengan Bateri 90km
July 11, 2023 Effi Saharudin

BMW CE 02 dilancarkan hari ini sebagai sebuah lagi motosikal elektrik futuristik mereka seperti BMW CE 04 yang ditawarkan di Malaysia baru-baru ini. Berdasarkan nombor yang digunakan, ia adalah versi lebih mampu milik serta prestasi dikurangkan kerana direka untuk golongan remaja.

CE 02 dilengkapi motor 15 kuasa kuda dengan pek bateri yang menawarkan jarak operasi sehingga 90km sekali caj. Ia boleh dipecut sehingga kelajuan 95 km/j sahaja. Oleh itu di negara Eropah ia boleh ditunggang remaja berusia 16 tahun ke atas. Terdapat juga versi untuk remaja 15 tahun dengan lesen skuter tetapi kelajuannya dihadkan ke 45 km/j sahaja.

Seperti CE 04, CE 02 mempunyai rekaan futuristik berkotak dengan sistem brek cakera di kedua-dua tayar. Ia juga seberat 132 kg dengan ia boleh menanggung berat maksimum sehingga 311.6 kg. Terdapat lampu LED di depan dengan skrin TFT LCD pula digunakan untuk paparan maklumat ketika ditunggang.

Sebuah cagak untuk telefon pintar disertakan untuk ia dijadikan paparan sekunder yang kemudiannya dikawal menggunakan suis pada CE 02. BMW CE 02 dijual pada harga $7,599 (~RM36,000) sebuah. Terdapat aksesori beg udara dan bakul untuk barangan.

Komen