Razer Digodam Dengan Kod Sumber Kini Dijual Di Web Gelap
Effi Saharudin
Razer sedang menyiasat dakwaan mereka telah digodam selepas data yang dikatakan milik mereka ditawarkan di web gelap. Data dalam bentuk kod sumber, kunci penyulitan, dan pangkalan data laman Razer telah ditawarkan pada harga sekitar US$100,000 dalam bentuk wang kripto Manero.

Lebih daripada 400,000 akaun Razer Gold juga antara yang ditawarkan oleh penjual lengkap dengan alamat emel. Pihak Razer mengatakan selepas siasatan dalaman dilakukan mereka kan melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan diambil. Mereka juga telahpun mengambil tindakan bagi memastikan kesemua platform mereka boleh digunakan dengan selamat.
Keaslian data yang dijual ini masih belum disahkan tetapi besar kemungkinan ia data yang dicuri selepas Razer digodam pada tahun 2020. Kepada pengguna platform Razer, langkah yang boleh diambil ialah menukar kata laluan akaun mereka dengan segera.
[sumber] PC Gamer [/sumber]