Carian
Anda Kini Boleh Menggunakan Linktree Di Snapchat
July 11, 2023 Fahim Zahar

Terdapat banyak perkhidmatan mencipta profil pengguna dengan satu pautan boleh memaparkan pautan lain. Contohnya adalah Socl, Linktree dan banyak lagi. Terbaru Snap telah bekerjasama dengan Linktree untuk membolehkan pengguna menyertakan pautan mereka di profil Snapchat.

Linktree turut membenarkan pengguna menambah ikon media sosial untuk pautan tertentu atau juga frasa kata yang boleh diubahsuai seperti “Tambah saya di Snapchat” dan sebagainya. Langganan Linktree Pro turut diberikan percuma selama tiga bulan.

Selain Snapchat, tahun ini Instagram turut telah membenarkan pengguna menambah sehingga lima pautan di platform mereka bermula April lepas.

Komen