Perlukah Tukar Ke Aplikasi KWSP I-Akaun Baharu? – Ini Ciri-Ciri Terkini Yang Ditawarkan
Amy Maizuraa
Sama ada anda perasan atau tidak, KWSP Malaysia menerusi satu ciapan rasmi berkongsi mengenai kemas kini baharu pada aplikasinya. Hal ini sudah semestinya bagi menawarkan pengalaman yang lebih inklusif kepada pengguna di Malaysia dengan kemudahan lebih pelbagai. Dalam pada itu, ia juga dikatakan menjadi aplikasi baharu bagi menggantikan i-Akaun sedia ada yang menyediakan kemudahan kepada ahli bagi menguruskan akaun secara dalam talian dengan lebih mudah.

Walaupun ia mungkin dilihat seperti langkah yang baik, namun hakikatnya ada antara perkara yang membawa kepada persoalan dalam kalangan pengguna. Misalnya seperti apakah perbezaan besar di antara aplikasi baharu dengan sebelumnya? Kenapa terdapatnya dua aplikasi berasingan? Adakah perlu mereka menyahpasang aplikasi versi klasik? Berikut serba sedikit yang boleh dikongsikan mengenai pembaharuan tersebut.
Pembaharuan Berbanding Sedia Ada?
1 – Pendaftaran ahli baharu dan KWSP i-Akaun bertujuan memudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran ahli baharu secara layan diri tanpa keperluan ke pejabat KWSP. Ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang belum berdaftar sebagai ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia (pemegang MyKad atau My PR) dan telah mencapai umur 14 tahun tetapi tidak lebih 75 tahun.
Tetapi berbeza pula dengan mereka yang sudah mempunyai akaun KWSP dan baru mahu mendaftar dengan aplikasi baharu ini, di mana ia tidak boleh dibuat secara terus menerusi aplikasi. Sebaliknya mereka perlu membuat pendaftaran melalui beberapa saluran seperti Kios kwsp, pejabat KWSP dan aplikasi i-Akaun (versi klasik)/ portal i-Akaun (Ahli) – View Mode Access.

2- Kalkulator simpanan persaraan pada aplikasi yang memberi unjuran ataupun anggaran jumlah simpanan ketika mencapai usia persaraan. Kalkulator ini dikatakan dapat bantu menganggarkan jumlah simpanan dalam KWSP bergantung kepada maklumat yang diberikan. Dengan ini pengguna boleh menggunakannya bagi membuat pengiraan jangkaan jumlah pendapatan yang diperlukan kelak.
3 – Pengeluaran umur 50 tahun yang membenarkan ahli membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian atau kesemua simpanan akaun apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan bagi tujuan persaraan. Proses pengeluaran yang dibuat menerusi aplikasi baharu ini tidak memerlukan ahli berkunjung ke pejabat untuk menghantar dokumen, sebaliknya hanya hadir ke kaunter KWSP bagi tujuan pengesahan cap jari bagi beberapa situasi seperti pengeluaran yang melebihi 30,000.00 dan permohonan pengeluaran kali pertama.
4- Pembelian insurans atau takaful (melalui i-Lindung) yang membenarkan ahli membeli produk insurans atau takaful melalui i-Lindung yang diluluskan KWSP menggunakan simpanan mereka. Ia merangkumi tawaran pelindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.
5- Mobile binding yang boleh memautkan peranti kepada profil ahli bagi tujuan keselamatan akaun dan mengelakkan akses yang tidak sah.
6- Pendaftaran dan pembatalan Simpanan Shariah bagi membantu ahli menguruskan simpanan persaraan secara patuh syariah untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga.
7- Lokasi Mobile Team KWSP yang menyediakan capaian lebih mudah di antara ahli dan pihak KWSP sendiri. Perkhidmatan ini bagaimanapun terhad untuk lokasi-lokasi yang terpilih seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Alor Setar, Ipoh dan lain-lain seperti yang disenaraikan.

Perlu BERALIH ke aplikasi baharu?

Pihak KWSP amat menggalakkan pengguna untuk beralih sepenuhnya ke aplikasi baharu ini kerana banyak lagi kemas kini fungsi baharu yang bakal diberikan dari masa ke semasa. Namun begitu aplikasi versi klasik sedia ada masih boleh sahaja digunakan seperti biasa tanpa masalah sehingga pengumuman tempoh sewajarnya berkenaan penamatannya kelak.
Seterusnya tiada keperluan untuk ID dan kata laluan baharu yang diperlukan bagi ahli sedia ada, sebaliknya mereka boleh log masuk ke akaun KWSP i-Akaun baharu dengan maklumat yang sama. Butiran sedia ada juga akan disimpan rapi tanpa kerisauan terpadam kerana semua tetapan akaun terdahulu akan dikemas kini secara automatik ke aplikasi KWSP i-Akaun baharu.
Cara mendaftar ahli KWSP melalui aplikasi baharu?
1- Sediakan Mykad/MyPr
2- Buka aplikasi KWSP i-Akaun
3- Tekan menu ‘Belum ada akaun KWSP?”
4- Ikuti langkah-langkah di skrin untuk mendaftar
5- Teruskan untuk pengaktifan i-Akaun

[info] Sumber – FAQ KWSP [/info]
[info] Muat-turun – aplikasi KWSP i-Akaun baharu di Google Play [/info]
[info] Muat-turun – aplikasi KWSP i-Akaun baharu di AppStore [/info]
[info] Muat-turun – aplikasi KWSP i-Akaun baharu di HuaweiAppGallery [/info]