Kerajaan Sasar Tol Tanpa Palang Boleh Diimplementasi Menjelang 2025
Aman
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia mengorak langkah untuk implementasi laluan lebuhraya dengan tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi. Berkongsi mengenai perkembangannya, KKR mengatakan langkah untuknya dalam proses, dan dijangka diimplementasi seawal penghujung 2024 kelak.

Selari dengannya, kerajaan akan implementasi sistem pembayaran tol terbuka seawal September ini. Melaluinya, sejumlah lebuhraya akan menerima pembayaran melalui kad debit dan debit, selain menggunakan kad TNG sedia ada. Ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam pengurusan pembayaran mereka.
Sebelum ini juga, ia telah dikatakan ujian konsep untuk sistem tol tanpa palang akan dilakukan seawal Oktober 2023 kelak, di Lebuhraya Sungai Besi.
Disamping sokongan untuk kad kredit dan debit, kerajaan juga melihat untuk menambah sokongan untuk dompet digital pada masa akan datang.
[sumber]Bernama[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.