Shutterstock Umum Kerjasama 6 Tahun Dengan OpenAI – Tawar Kandungan Untuk Melatih AI
Aman
Shutterstock yang terkenal dengan penawaran perlesenan gambar, video dan muzik, kini mengumumkan kerjasama selama 6 tahun bersama pembangun ChatGPT, sekaligus akan menawarkan kandungan mereka dalam melatih kecerdasan buatan yang dibangunkan OpenAI.
Dengan langkah ini, OpenAI boleh menggunakan bahan berkualiti tinggi termasuk metadata berkaitan dalam melatih kecerdasan buatan, dan menggunakannya dalam pelbagai penawaran – termasuk Dall-E dan ChatGPT.
Sebagai kerjasama ini juga, pihak Shutterstock turut akan menerima akses awal untuk teknologi DALL-E, dan menggunakannya dalam penawaran produk kepada pengguna mereka – termasuk menggunakan kecerdasan buatan dalam menyunting gambar atau mencipta kandungan baharu.
Shutterstock dan OpenAI juga akan bekerjasama dalam penawaran ciri generatif berasaskan kecerdasan buatan melalui platform GIPHY.
Dengan pengumuman kedua-dua pihak ini, tidak mustahil kita melihat OpenAI terus melesenkan kandungan daripada pihak-pihak lain dalam terus menambah baik kualiti data – dan pada masa yang sama mengelak kes-kes saman ke atas pelanggaran hak cipta.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.