RedMagic 8S Pro telah dilancarkan secara rasmi di China awal minggu yang lalu. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dilewah jam sehingga 3.36Ghz, sekaligus meletakkannya sebagai sebuah lagi pilihan baharu untuk peranti mercu di pasaran.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/07/RedMagic-8s-Pro-Global-A-950x535.jpg)
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan terkini, peranti disahkan bakal memasuki pasaran global pada 18 Julai ini dan hal ini didedahkan sendiri oleh Nubia menerusi kemaskini di laman web rasmi. Namun persoalan mula timbul mengenai pernawarannya di Malaysia memandangkan tiada sebarang khabar mengenainya yang dikongsikan buat masa ini.
Begitu juga dengan perkakasan dalamannya yang belum dapat dipastikan sama ada seupada dengan variasi di China atau sebaliknya. Tetapi sekiranya sama, peranti akan menggunakan skrin AMOLED 6.8″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS4.0.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/07/RedMagic-8S-Pro-Rasmi-03.jpg)
Sistem kamera utama pula terdiri 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), seterusnya kamera hadapan pula sebesar 16MP. Peranti juga mempunyai bateri 6000mAh dan sistem pengecasan 80W, di samping menjalankan RedMagicOS 8.0 yang dibina berasaskan Android 13.