Cari @ Amanz

Sebagai ibu bapa kita perlu cakna dengan kandungan yang ditonton oleh anak-anak. Oleh sebab itu pada platform penstriman utama terdapat mod yang mengunci profil pengguna dewasa dan profil kanak-kanak dengan kandungan yang dihadkan. Kelak Astro akan memberikan ciri ini pada kotak TV Ultrabox dan Ultibox mereka.

Dalam demo yang diperlihatkan kepada kami hari ini, akaun kanak-kanak baharu diperlihatkan. Ia hanya mempunyai penawaran yang kecil dengan terdapat tab untuk mengakses kandungan yang dirakam menggunakan akaun kanak-kanak.

Apabila anak-anak cuba menggunakan ibu bapa pula, akhirnya terdapat pin empat angka yang menghalang ia daripada diakses oleh mereka. Dengan ini wujud satu halangan daripada mereka menonton kandungan yang tidak sesuai seperti Game of Thrones yang ganas misalnya.

Kami difahamkan ciri ini masih lagi di peringkat ujian dan perincian di Astro dengan ia akan dilancarkan pada satu tarikh yang belum dimuktamadkan lagi pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd