Maybank kini memaklumkan yang mana perkhidmatan tambah-nilai dan pembayaran terus melebihi had harian RM250 melalui akaun Maybank2U tergendala buat sementara waktu. Perkhidmatan ini tergendala untuk akaun yang dipautkan bersama Maybank2U.
Antara perkhidmatan yang terkesan dibawah ini adalah termasuk Shopee, GrabPay, FavePay, Lazada Wallet, WePost dan juga MyRapid Tap.
Buat masa ini, ia tidak diberitahu berkenaan bilakah masalah ini akan diatasi.
Pengguna masih boleh menggunakan ciri tambah-nilai atau pembayaran terus melalui pautan Maybank2U sekiranya ia masih dibawah had harian RM250 untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini.