Carian
TM Maklumkan Pengguna Mengenai Kebocoran Data Melibatkan Sebahagian Pelanggan Unifi
July 12, 2023 Aman

Telekom Malaysia hari ini menghantar emel dan SMS kepada sejumlah pelanggan Unifi, memaklumkan berkenaan dengan insiden kebocoran data baru-baru ini. Data yang terlibat dalam kebocoran ini adalah termasuk nama, nombor kad pengenalan MyKad, dan juga informasi untuk dihubungi.

TM menyatakan kebocoran ini telah dikawal, dan langkah-langkah untuk meminimakan impak kepada pelanggan telah diambil. TM juga mengatakan telah memaklumkan pihak berkuasa berkenaan dengan insiden ini untuk langkah lanjut.

Ia tidak diketahui lagi sama ada insiden kali ini adalah berkait dengan kebocoran Unifi sebelum ini atau tidak.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1679022801884418054
Komen