Huawei Akan Kembali Mengeluarkan Peranti 5G Pada Penghujung Tahun Ini
Effi Saharudin
Sejak dikenakan sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat, Huawei hanya boleh mengeluarkan telefon 4G kerana komponen untuk 5G mengandungi teknologi yang tidak lagi boleh diakses. Menurut laporan Reuters, Huawei akan kembali menawarkan peranti 5G menjelang penghujung 2023.

Sebuah firma penyelidik meramalkan ini akan berlaku berdasarkan maklumat rantaian bekalan yang tidak didedahkan identitinya. Ini dilakukan menerusi cip 5G yang dikeluarkan oleh SMIC yang merupakan syarikat yang berpangkalan di China. Cip juga direka sendiri oleh Huawei dengan teknologi rekaan kendiri bagi memintas sebarang halangan Amerika Syarikat.
Sejak halangan teknologi dikenakan ke atas Huawei, mereka terkeluar daripada senarai lima syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia sedangkan pernah hampir memintas Apple di tangga kedua. Cabaran menyebabkan Huawei memasuki arena automatif untuk meneruskan perniagaan.
[sumber] Reuters [/sumber]