Carian
Kerajaan Beri Subsidi RM300 Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam
July 12, 2023 Aman

Kerajaan kini mengumumkan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM300 bagi para pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Inisiatif ini akan ditawarkan bermula 15 Ogos, dan dijangka memberikan manfaat kepada 56,000 pelajar universiti awam.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengurangkan beban terutamanya untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Labuan yang belajar di Semenanjung Malaysia – dan begitu juga sebaliknya.

Penawaran baucar ini akan tertakluk kepada syarat dimana setiap pelajar berkenaan mesti berasal dari Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan dan sedang menuntut di negeri berkenaan. Baucar ini akan meliputi untuk pembelian tiket penerbangan pada syariakt Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan juga MYAirlines.

Para pelajar dijangka akan diberikan tarikh penebusan sehingga 31 Oktober 2023 untuk pembelian tiket sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi dari pada tempat asal dan tempat pelajar menuntut.

Kita akan mendengar lanjut berkenaan syarat baucar ini pada 15 Julai 2023, apabila ia mula ditawarkan kelak.

Komen