Carian
Adobe Firefly Kini Menyokong Bahasa Malaysia Dalam Penjanaan Teks Ke Gambar
July 13, 2023 Aman

Adobe Firefly merupakan perkhidmatan penjanaan atau generatif imej berasaskan kecerdasan buatan oleh Adobe sendiri, dan ditawarkan secara terhad sebelum ini dalam bentuk beta. Hari ini, Adobe mengumumkan perkhidmatan mereka itu telah menjana lebih 1 bilion aset melalui penggunaan di web dan juga melalui Photoshop.

Selari dengan pencapaian ini, Adobe kini membuka akses kepada Adobe Firefly pada peringkat global. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh mengakses perkhidmatan tersebut, dan menjana gambar dan aset untuk digunakan dalam karya-karya mereka.

Menariknya juga, kali ini ia turut menyokong input bahasa Malaysia untuk menjana teks ke gambar. Dengan langkah ini, pengguna boleh memasukkan input dalam bahasa Malaysia sekaligus menerima hasil gambar yang dikehendaki.

Kami sendiri telah mencuba Adobe Firefly dalam input bahasa Malaysia, dan ia berfungsi dengan baik untuk beberapa gambar, dan terdapat juga beberapa yang tidak menghasilkan gambar seperti dikehendaki.

Apa pun, ini langkah yang menarik oleh Adobe dalam memperluaskan penawaran mereka, selain memudahkan lebih ramai menggunakan teknologi generatif tanpa terikat kepada hanya satu bahasa utama sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji Adobe Firefly hari ini.

Komen