Hotlink Kemaskini Pelan Prabayar Tanpa Had Dengan Kelajuan Dan FUP Lebih Tinggi
Aman
Maxis hari ini mengumumkan penambah-baikkan kepada pelan prabayar Hotlink tanpa had mereka, sekaligus menawarkan akses internet lebih pantas, serta penggunaan data yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Melalui pelan baharu ini, kini pengguna boleh melanggan untuk pelan prabayar tanpa had pada harga RM40 sebulan, yang menawarkan kelajuan 6Mbps, serta penggunaan FUP 80GB. Ia turut hadir dengan sokongan hotspot serta panggilan tanpa had.
Selain itu, Hotlink tanpa had turut menyediakan pelan RM50 sebulan yang menawarkan kelajuan 12Mbps dengan FUP 100GB – selain turut hadir dengan sokongan hotspot dan panggilan tanpa had.

Hotlink turut menyatakan penawaran pulangan wang kembali sebanyak 20% untuk pelanggan yang berumur 24 tahun dan ke bawah.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Hotlink Unlimited baharu ini pada laman rasmi mereka, dan melanggannya terus melalui aplikasi Hotlink Red.