Nothing Tiada Perancangan Mengeluarkan Telefon Boleh-Lipat Buat Masa Ini
Fahim Zahar
Nothing adalah pengeluar peranti yang cuba menjadikan teknologi kembali seronok. Disebabkan itu Phone (1) dan yang terkini Phone (2) nampak unik, berbeza dengan pesaing, serta hadir dengan ciri lampu Glyph – mengembalikan lampu LED notifikasi yang dahulunya penting untuk sebuah telefon pintar.
Terbaru dalam temuramah India Today bersama Carl Pei, Nothing tidak ada perancangan untuk hadir dengan telefon skrin boleh-lipat buat masa ini. Pei memberitahu yang penggunaan peranti seperti ini tidak ditujukan untuk semua orang.

Pei turut percaya yang orang ramai tidak memerlukan peranti seperti ini dan penawaran dari pengeluar peranti seakan memaksa pengguna untuk memilikinya. Selain itu beliau turut menyatakan yang pada awalnya cukup menarik setiap pengeluar cuba dengan inovasi baharu, tetapi kini kebanyakan peranti dengan skrin boleh-lipat telah kelihatan lebih kurang sama antara satu sama lain.
[sumber] Twitter – India Today [/sumber]