Apple telah melancarkan perisian beta iOS 17 untuk peranti iPhone, dan dengannya juga tiba beberapa penambahbaikan dari segi ciri-ciri baru yang diperkenalkan.
Salah satu daripada ciri yang menarik ini ialah Siri, pembantu digital peranti iOS kini boleh memahami bahasa campuran bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa di negara India, seperti Hindi, Tamil, Telugu, Punjabi, Kannada dan Marathi.
Sistem operasi tersebut juga kini menyokong terjemahan tambahan untuk Tamil, Telugu, Kannada, dan Malayalam, dan ini membolehkan peranti iOS 17 menyokong 10 bahasa dari India. Sebuah kamus bahasa Punjab juga diperkenalkan yang membolehkan pengguna untuk menaip dalam bahasa tersebut dengan lebih mudah.
Perisian beta terbuka iOS dan iPadOS 17 sudahpun mula diperkenalkan jika anda mahu mencuba sistem operasi tersebut sekarang, tetapi versi stabil dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini.